I da jatuh chenta dgn performance dari TKC da musical team di anugerah skrin ..ouchh..so sweet..terus tergedik2 aku rasa nak pi tgk teather itu on February ini..tetiba rasa jatuh chenta...ouchh..walau chenta aku sudah pergi tinggalkan aku..adoyaiii ketuk kepala sendiri...aku tetap mahu pergi ke teather musical itu..siapa nak join aku..siapa nak join aku..cepat buat lompat bintang skrg jugak..now...ha.ha.ha..
Pelakon Teater Muzikal Terima Kasih Cinta Diumumkan
by sultanmuzaffar
24 Dec 2010
in Hiburan, BERITA HANGAT,
Pelakon teater muzikal Terima Kasih Cinta diumumkan di penghujung segmen persembahan khas teater muzikal tersebut di Anugerah Skrin yang berlangsung di Dewan Merdeka, PWTC, Kuala Lumpur sebentar tadi.
Sembilan pelakon yang terpilih ialah penyanyi era 70an Latiff Ibrahim, penyanyi, pelakon drama dan teater yang disegani ramai, Safura, penyanyi Deja Moss, Faradhiya, Shajiry, Nadia Aqilah, bekas juara Akademi Fantasia 1 Vince serta pelakon berbakat Norish Karman dan Tony Eusoff.
Namun, watak yang disandang setiap pelakon serta barisan tenaga produksi kreatif yang terlibat menjayakan teater muzikal tersebut hanya akan diumumkan dalam satu sidang media khas yang bakal berlangsung tidak lama lagi.
Turut terpilih ialah dua puluh pelakon pembantu antaranya penyampai Hot FM Sharifah Aleya Syed Zainal Rashid (Leya), penyampai Fly FM Hani Farhana Mohd Hatim (Hunny Madu), pelakon drama Syurgamu Ramadhan Muhammad Nabil D'Zulkifli, penyanyi dan pelakon Syamsul Hirdy Muhid, pelakon teater Tengku Iedilzuhri Putra Tengku Alauddin dan Ayu Shuhara Sulaiman, bekas bintang Akademi Fantasia Asiahtunakma Abdullah, Elliza Abdul Razak dan Mohd Qhaud Abdul Rashid
Turut terpilih ialah Fitri Hiswandy Hasan Nordin, Nur Akhtar Mohmad Amin, Nik Nur Amalin Nik Musauddin, Azwana Aladip, Mohammed Azam Abdullah, Azizul Ammar Abu Hassan, Fadzly Izzat Razman Sham, Mohd Fairuz Mohd Tauhid, Hana Amira Mohd Hatim, Sufinah Abu Bakar dan Mohammad Farhan Mohammed Khalil.
Diterbitkan The Creative Partnership, pementasan teater muzikal Terima Kasih Cinta bakal berlangsung di Istana Budaya pada 17 Februari hingga 6 Mac 2011.
![]() |
| dulu aku sgt in love dgn filem ini...so sweet |




salam...
ReplyDeleteTuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta.
*** follow ur blog...**15
sekamar rindu..thanks coz follow my blog..
ReplyDeletenak ikoooottttt..tapi tak bleh lah aku nak buat lompat bintang nokss..ahaks..takut bergoyang dari atas sampai bawah..
ReplyDelete