bg

nuffnang

Monday, December 27, 2010

Jujurkah Dia (",)



 Anda sedang dilanda krisis kepercayaan. Orang terdekat yang selama ini anda percayai, ternyata menipu anda mentah-mentah. Ini bukan kejadian pertama. Sebelumnya anda juga beberapa kali tertipu oleh mulut manis beberapa orang teman.


Dalam pergaulan sehari-hari, tipu-menipu memang kerap terjadi. Ia tidak hanya dilakukan oleh orang yang jahat, tetapi juga teman terdekat yang bagi anda tidak mungkin melakukannya.


Sebetulnya ia boleh dihindari jika kita mengetahui apakah si dia berkata jujur atau tidak. Ada beberapa cara untuk mengetahuinya, antara lain:-


MELALUI BAHASA TUBUH


Orang yang berbohong selalunya lebih gelisah dari biasa. Duduknya tidak aman, berkali-kali mengelap peluh sedangkan hari tidak panas dan kalau bercakap dia gugup. Dari sorot matanyapun anda boleh mengetahuinya, iaitu dia selalu memalingkan muka jika ditatap. Kalau masih tidak yakin, renung terus dan percayalah dia cepat-cepat pergi meninggalkan anda.


MELALUI UCAPAN


Ini perlu perhatian khusus terhadap kalimat-kalimat yang diucapkannya. Kerapkali ucapannya saling bertindih atau berbelit-belit. Jika anda meminta penjelasan yang lebih terperinci tentang sesuatu perkara, dia akan berusaha mengalihkan perhatian anda kepada perkara lain. Bahkan mungkin dia akan kembali menyalahkan anda atas hal tersebut. Padahal anda amat tahu, dia sedar bukan anda penyebabnya.


TEMBAK TERUS


Kalau anda masih juga ragu-ragu, kenapa tidak cuba menanyakan terus pada si dia apakah dia berbohong? Kalau dia berjiwa kuat, pasti dia mengakuinya. Tetapi jika dia seorang yang pengecut, anda tidak akan mendapatkan jawapan yang memuaskan.


Cubalah lihat perubahan pada air mukanya. Jika wajahnya memerah dan berubah gugup, betapapun dia berusaha menyangkal, pembohongannya akan jelas terlihat. JANGAN BUANG WAKTU UNTUK ORANG SEPERTI INI.




(Sumber:Mingguan Wanita)

p.s: ayat untuk memujuk hati sendiri..huu.huuu..(",)

No comments:

Post a Comment