bg

nuffnang

Monday, December 27, 2010

Siler Minum air kencing!!

Tadi aku baca harian metro yang kawan aku beli..ada news yg menarik which is sorang pakcik ni minum air kencin dia sendiri untuk mengubati penyakit...YEW!!!!>>>>YEYEK TOLL...sedap ker ha???he..he...


Ni berita pasal pakcik yg minum air kencing sendiri tu,jom baca sesame ek..


KUCHING: Biasanya orang sakit akan mendapatkan rawatan daripada doktor atau bomoh, tetapi lain pula ceritanya dengan seorang warga lanjut usia Singoi Jaya, 96, yang minum air kencingnya sendiri.
Kaedah yang dianggap pelik dan meloyakan tekak bagi kebanyakan orang itu mula dilakukan Singoi kira-kira 50 tahun lalu selepas dia terjatuh dari atas pokok langsat.


“Pengalaman pertama saya minum air kencing sendiri ialah selepas terjatuh dari atas pokok langsat. Oleh kerana tidak dapat menahan kesakitan, saya nekad meminum air kencing saya sendiri dengan harapan boleh sembuh.


“Mujurlah kesan kejadian yang menyebabkan kencing saya bercampur darah itu pulih selepas beberapa hari kemudian dan saya boleh bangun dan berjalan seperti biasa,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Rekap, Kampung Giam, Jalan Puncak Borneo di sini.


Menurut Singoi, kali kedua dia mencuba kaedah itu ialah selepas tergelincir dan terjatuh sehingga menyebabkan tangannya patah dan kakinya tercedera.


“Cara ini mungkin sesuai dengan saya, tetapi bagi orang lain saya tidak sarankan mereka melakukannya,” katanya.


Singoi berkata, dia tidak gemar mengambil ubatan moden sekiranya diserang demam dan selsema, sebaliknya mengamalkan aktiviti ringan yang boleh mengeluarkan peluh seperti berkebun dan bersenam.


Dia mendakwa masih mampu mengusahakan tanah yang seluas kira-kira dua hektar berhampiran rumahnya dengan tanaman lada hitam, limau, pisang, cili dan mengendalikan sebuah kolam ikan keli.


“Jangan malas buat kerja seperti berkebun untuk mengeluarkan peluh kerana jika malas badan tidak akan berpeluh dan badan kita akan menjadi lemah serta mudah diserang penyakit.” katanya.



sumber: myMetro

3 comments:

  1. Beb.. benda ni dulu aku ada la dgr kesahnyer.. ms tu perang Jepun, org yg mana berlayar dahaga tidak dapat nak minum air sbb disekeliling dorang sume air laut. walau pun air byk tp dorang takleh nak minum.. so, dorang minum air kencing masing2 utk ilangkan dahaga..

    tp, bab nak berubat tu entah la pulak.. hehee..

    ReplyDelete
  2. 1 word....
    eeeuuuuuuuuwwwwwwww....

    ReplyDelete
  3. hazizah: ish..hilangkan dahaga ker cenggitu..yeww.

    akmal: ewwwwww..mmg pun..hu.huu (",)

    ReplyDelete