bg

nuffnang

Wednesday, February 13, 2013

aktiviti malam..

CNY holiday ni aku ingat aku akan boring coz tak der apa2 program. yer l.a...org blik kg.aku lak sebook register diri kt UiTM.

sebenarnya blik dari register tu aku dah roger BFF aku si Sira and Shita tu.kebetulan diorang ada wedding kt Sentul.and they promise after wedding tu nk dtg umah aku lepak2..yeayyyyy tepuk tangan..ada kawan nk gelak sakan.

diorang sampai rumah aku lebih kurang dlm kol 6..smbil menyembang.bercerita itu ini. kami makan murtabak megi..aku buat minum petang yg sempoi je since tghari tu pun aku dah bedal kari kepala ikan bagai kan.he.hehehe


*murtabak megi*



lepak kat rumah aku smpai kol 9 ..kami memulakan aktiviti malam kami..waaahh gaya mcm nk buat benda jahat jer.chooii..tak ar..kami g downtown jer..smpai downtown..perut bunyi2 mintak di isi.aper lagi.pekena cucuk2 dulu..

aku dan si cucuk2



pastu tawaf satu downtown smpai lebam.aku tak beli ape pun..tak der apa yg aku kenan kot..dlm kol. 12 gitu kami grak dari downtown lepak minum jap kat kedai mamak pastu terus si sira come out with an idea nk g mandi2.wehhhhhhhuuu..super hepi la aku..aku kan pantanngggg orang ajak jenjalan..terus aku excited.diorang  ckp nk g ari isnin..wehuuu..super excited..lalalalalalala...

eh..menang??

pagi ni aku bukak email sekali aku dpt email notification dari buku bestari anjuran karangkraf rasanya. gini bunyi emailnya.

Salam ,

Disini kami ingin mengumumkan bahawa anda adalah salah satu pemenang untuk Kuiz Bestari anjuran Karya Bestari bersempena dengan Maulidur Rasul kelmarin. Penghantaran hadiah akan dikirim satu minggu selepas pengumuman pemenang iaitu pada 18hb Februari 2013 Tahniah kami ucapkan dan terima kasih kerana menyertai kuiz kami :)

Sila pastikan alamat dan no. telefon yang anda bagi adalah benar untuk kami poskan. Sebarang pertukaran alamat sila emelkan selewat-lewatnya 15hb Februari 2013.


hu.hu.huu baru aku teringat aku mmg ada join satu kuiz ni..la dapatker?? ingat tak dapat kuiz ni simple jer soalan dia..tnya apa pesanan rasulullah and apa sifat keperibadian/kisah rasulullah yang kita bleh jadikan tauladan..

aku pun saja la gatai join..gini jawapan aku..

1. 3 Pesanan Rasulullah SAW kepada Umatnya.
1. Berikan salam kepada sesiapa sahaja yang engkau temui, maka Allah akan menuliskan bagimu 20 kebajikan dan jika menyambut salam, Allah akan tuliskan 40 kebajikan.

2.Sembahyanglah pada tengah malam. Sesungguhnya orang yang bersembahyang pada tengah malam itu akan sentiasa dikasihi oleh Allah.

3.Hamba paling dicintai Allah ialah orang yang sujud dan sambil berdoa dalam sujudnya 'Ya Allah, aku telah menzalimi diriku, Kau ampunilah aku, Sesungguhnya tidak ada siapa yang mengampuni dosaku melainkan Engkau'


2. Keunggulan Peribadai Rasullullah SAWPengemis Yahudi dan Rasulullah s.a.w
Di sudut pasar Madinah ada seorang pengemis Yahudi buta yang setiap harinya selalu berkata kepada setiap orang yang
mendekatinya, Wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya maka kalian akan dipengaruhinya.

Namun, setiap pagi Muhammad Rasulullah s.a.w. mendatanginya dengan membawakan makanan, dan tanpa berucap sepatah kata pun Rasulullah s.a.w. menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu sedangkan pengemis itu tidak mengetahui bahawa yang menyuapinya itu adalah Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.a.w. melakukan hal ini setiap hari sampai beliau
wafat.

Setelah wafatnya Rasulullah s.a.w, tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari sahabat terdekat Rasulullah s.a.w. yakni Abu Bakar As-Siddik r.a. berkunjung ke rumah anaknya Aisyah r.a. yang tidak lain tidak bukan merupakan isteri Rasulullah s.a.w. dan beliau bertanya kepada anaknya itu

"Anakku, adakah kebiasaan kekasihku yang belum aku kerjakan?"

Aisyah r.a. menjawab, "Wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah dan hampir tidak ada
satu kebiasaannya pun yang belum ayah lakukan kecuali satu saja."

"Apakah itu?", tanya Abu Bakar r.a.
"Setiap pagi Rasulullah s.a.w. selalu pergi ke ujung pasar dengan membawakan makanan
untuk seorang pengemis Yahudi buta yang ada disana" kata Aisyah r.a.

Keesokan harinya Abu Bakar r.a. pergi ke pasar dengan membawa
makanan untuk diberikan kepada pengemis itu. Abu Bakar r.a mendatangi pengemis
itu lalu memberikan makanan itu kepadanya.

Ketika Abu Bakar r.a mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil menghardik, "Siapakah
kamu?" Abu Bakar r.a. menjawab: "Aku orang yang biasa (mendatangi engkau)". "Bukan! Engkau bukan
orang yang biasa mendatangiku", bantah si pengemis buta itu.

Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini
mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih
dahulu dihaluskannya makanan tersebut, setelah itu ia berikan padaku, pengemis
itu melanjutkan perkataannya.

Abu Bakar r.a. tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu: "Aku memang bukan orang
yang biasa datang padamu. Aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang
mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah s.a.w."

Seketika itu juga pengemis itu pun menangis mendengar penjelasan Abu Bakar r.a, dan kemudian
berkata: "Benarkah demikian?"

"Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia…"

"Ya Rasulullah… sangat mulia hati mu"

3 Pendapat mengenai buku-buku Islamik Karya Bestari


Buku-Buku daripada Islamik Karya Bestari sangat memberi manfaat kepada pembaca. Isi Kandungan buku-buku yang diterbitkan boleh dijadikan garis panduan, amalan dan ingatan kepada umat islam. Buku-buku seperti ini seharusnya di perluaskan ke peringkat Asia pada peringkat permulaan dan kemudiannya dapat dipasarkan di seluruh dunia..Insha Allah..
 
gitu la jawapan aku..tapi serius kisah rasulullah dgn pengemis yahudi tu mmg memberi pengajaran kita semua..biarla orang caci,hina,maki kita..tapi kita kena bersabar.. :)
 
nti aku hupdate aku dpt per yer..aku rasa mebi dpt buku islamik rasanya. :) alhamdulilah bleh buat tambahan koleksi buku2 yang ada ..yeayyy.. :)
 
       

Tuesday, February 12, 2013

termalu sendiri

halu....aku masih gigih menaip entry baru mlm ni..yer di t malam buta ini..aku tersilap sudah..aku terminum .sudah air nescaffe..mata aku tidak mau lelap sudah..sudah..cukup2 sudah..eh..ape aku merepek ni..

disebabkan  mata aku cergas terbuntang luas tak mo tido aku bukak blog and cari entry terperam ..aku nk cerita satu cerita kt opis minggu lepas.. kwn opis aku si cik rama2 a.k.a merangkap customer service ni nak try and error tipon dia yang tak leh transfer call ke tempat lain...jadinya tempat ku dijadikan habuan tempat test talopon itu..makanya berdering2 la tipon tu dan aku jadik tukang menjawab ..disebabkan kebosanan asek berdering jer talipon..aku dgn konfiden tanpa rasa segan silu nk kerling mata kat screen talipon opis aku tgk no. mana yang naik...terus cakap gini..

"Hello...rumah mayat..boleh saya bantu?"

"ha..rumah mayat??ni kak baity kan??kak ni fikri ni..fik nak tnya ni meeting room free tak?"

*bunyik cengkerik*


sumber: mr. google

"he.eheh Fik..sori akak ingat customer service dok test call tadi.sori yer dik.."

merah padam muka aku..rasa nk flush muka kt toilet bowl berkali2.malu oooo..nasib baik budak junior yg dah mmg kenal aku yg call..dibuatnya..dato' datin.' tansri'...ishhhh..tak ke naya aku..chooi..chooi..tobat tak buat gitu dah..hiks..