Salam ,
Disini kami ingin mengumumkan bahawa anda adalah salah satu pemenang untuk Kuiz Bestari anjuran Karya Bestari bersempena dengan Maulidur Rasul kelmarin. Penghantaran hadiah akan dikirim satu minggu selepas pengumuman pemenang iaitu pada 18hb Februari 2013 Tahniah kami ucapkan dan terima kasih kerana menyertai kuiz kami :)
Sila pastikan alamat dan no. telefon yang anda bagi adalah benar untuk kami poskan. Sebarang pertukaran alamat sila emelkan selewat-lewatnya 15hb Februari 2013.
hu.hu.huu baru aku teringat aku mmg ada join satu kuiz ni..la dapatker?? ingat tak dapat kuiz ni simple jer soalan dia..tnya apa pesanan rasulullah and apa sifat keperibadian/kisah rasulullah yang kita bleh jadikan tauladan..
aku pun saja la gatai join..gini jawapan aku..
1. 3 Pesanan Rasulullah SAW kepada Umatnya.
1. Berikan salam kepada sesiapa sahaja yang engkau temui, maka Allah akan menuliskan bagimu 20 kebajikan dan jika menyambut salam, Allah akan tuliskan 40 kebajikan.
2.Sembahyanglah pada tengah malam. Sesungguhnya orang yang bersembahyang pada tengah malam itu akan sentiasa dikasihi oleh Allah.
3.Hamba paling dicintai Allah ialah orang yang sujud dan sambil berdoa dalam sujudnya 'Ya Allah, aku telah menzalimi diriku, Kau ampunilah aku, Sesungguhnya tidak ada siapa yang mengampuni dosaku melainkan Engkau'
2.Sembahyanglah pada tengah malam. Sesungguhnya orang yang bersembahyang pada tengah malam itu akan sentiasa dikasihi oleh Allah.
3.Hamba paling dicintai Allah ialah orang yang sujud dan sambil berdoa dalam sujudnya 'Ya Allah, aku telah menzalimi diriku, Kau ampunilah aku, Sesungguhnya tidak ada siapa yang mengampuni dosaku melainkan Engkau'
2. Keunggulan Peribadai Rasullullah SAWPengemis Yahudi dan Rasulullah s.a.w
Di sudut pasar Madinah ada seorang pengemis Yahudi buta yang setiap harinya selalu berkata kepada setiap orang yang
mendekatinya, Wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya maka kalian akan dipengaruhinya.
Namun, setiap pagi Muhammad Rasulullah s.a.w. mendatanginya dengan membawakan makanan, dan tanpa berucap sepatah kata pun Rasulullah s.a.w. menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu sedangkan pengemis itu tidak mengetahui bahawa yang menyuapinya itu adalah Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.a.w. melakukan hal ini setiap hari sampai beliau
wafat.
Setelah wafatnya Rasulullah s.a.w, tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari sahabat terdekat Rasulullah s.a.w. yakni Abu Bakar As-Siddik r.a. berkunjung ke rumah anaknya Aisyah r.a. yang tidak lain tidak bukan merupakan isteri Rasulullah s.a.w. dan beliau bertanya kepada anaknya itu
"Anakku, adakah kebiasaan kekasihku yang belum aku kerjakan?"
Aisyah r.a. menjawab, "Wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah dan hampir tidak ada
satu kebiasaannya pun yang belum ayah lakukan kecuali satu saja."
"Apakah itu?", tanya Abu Bakar r.a.
"Setiap pagi Rasulullah s.a.w. selalu pergi ke ujung pasar dengan membawakan makanan
untuk seorang pengemis Yahudi buta yang ada disana" kata Aisyah r.a.
Keesokan harinya Abu Bakar r.a. pergi ke pasar dengan membawa
makanan untuk diberikan kepada pengemis itu. Abu Bakar r.a mendatangi pengemis
itu lalu memberikan makanan itu kepadanya.
Ketika Abu Bakar r.a mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil menghardik, "Siapakah
kamu?" Abu Bakar r.a. menjawab: "Aku orang yang biasa (mendatangi engkau)". "Bukan! Engkau bukan
orang yang biasa mendatangiku", bantah si pengemis buta itu.
Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini
mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih
dahulu dihaluskannya makanan tersebut, setelah itu ia berikan padaku, pengemis
itu melanjutkan perkataannya.
Abu Bakar r.a. tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu: "Aku memang bukan orang
yang biasa datang padamu. Aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang
mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah s.a.w."
Seketika itu juga pengemis itu pun menangis mendengar penjelasan Abu Bakar r.a, dan kemudian
berkata: "Benarkah demikian?"
"Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia…"
"Ya Rasulullah… sangat mulia hati mu"
3 Pendapat mengenai buku-buku Islamik Karya Bestari
Buku-Buku daripada Islamik Karya Bestari sangat memberi manfaat kepada pembaca. Isi Kandungan buku-buku yang diterbitkan boleh dijadikan garis panduan, amalan dan ingatan kepada umat islam. Buku-buku seperti ini seharusnya di perluaskan ke peringkat Asia pada peringkat permulaan dan kemudiannya dapat dipasarkan di seluruh dunia..Insha Allah..
gitu la jawapan aku..tapi serius kisah rasulullah dgn pengemis yahudi tu mmg memberi pengajaran kita semua..biarla orang caci,hina,maki kita..tapi kita kena bersabar.. :)
nti aku hupdate aku dpt per yer..aku rasa mebi dpt buku islamik rasanya. :) alhamdulilah bleh buat tambahan koleksi buku2 yang ada ..yeayyy.. :)

No comments:
Post a Comment