bg

nuffnang

Tuesday, June 14, 2011

Hak Isteri sekiranya didera oleh suami sendiri.


Aceeecee..gaya bercakap mcm cik peguam pulak aku kan…ni sumer gara2 tgk Nora Elena ni la tadi..
Terus rasa siok nak buat entry pasal dera mendera ni..ala..si kwn Elena yg nama dia Nila Ujala tu…ok..aku tipu…bukan Nila Ujala..tapi Nilawati..btl erk nama dia tu???gasakla..tapi kes dia kena dera tu la..kesian kan…dah mcm hapeh ntah kena dera dgn suami sendiri..so lepas aku do google sana..google sini…aku nak share info ni untuk korang..maner nak tau..one day nti its happen to our self(mintak smpang) or to our family kan…

Dera tak semestinya dera secara fizikal..tapi dera boleh dimasukkan sekali dgn penderaan Mental dan Fizikal..Penderaan secara fizikal tu mcm kita semua tau la..husband dok sepak terajang isteri smpai lebam sana sini..
Contoh kisah sebenar yang aku dpt google tadi seperti pengakuan org ni..


 penderaan secara mental tu contohnya seperti suami yang suka memaki hamun isteri..menghina isteri di depan khayalak ramai sehingga membuatkan si isteri tertekan.

Contoh kisah sebenar yang aku dpt google tadi seperti pengakuan org ni..

Saya telah berkahwin selama tiga tahun dan dikurniakan seorang anak yang berusia dua tahun. Pada mulanya perkahwinan kami amat bahagia, tetapi masuk tahun kedua suami mula panas baran, suka memaki hamun saya, memalukan saya dan menghina keluarga saya di khalayak ramai. Saya tidak tahu mengapa suami berubah secara mendadak. Saya rasa seperti bodoh, terhina dan sangat tertekan setiap kali suami memaki hamun saya dengan kata-kata kesat. Saya tidak mengabaikan tanggungjawab dan kewajipan terhadap suami, anak-anak dan rumahtangga saya. Saya tidak sanggup lagi hidup dalam keadaan begini. Saya tidak sanggup lagi melihat anak saya yang masih kecil itu menangis ketakutan setiap kali suami bergaduh dengan saya. Bagaimana caranya untuk saya memohon cerai tanpa persetujuan suami saya? Suami tidak mahu menceraikan saya.
 Amy
Padang Jawa, Selangor 

Jawapan kepada permasalahan di atas adalah….

Merujuk kepada Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 iaitu pembubaran perkahwinan melalui fasakh.
Seksyen 53(h) (i) Enakmen tersebut, menyatakan bahawa antara alasan yang membolehkan isteri i memohon penceraian melalui fasakh adalah dengan perlakuan aniaya suaminya iaitu, antara lain, lazim menyakiti atau menjadikan kehidupannya menderita disebabkan oleh kelakuan aniaya tersebut.
 Peruntukan tersebut bukan sahaja menyentuh mengenai penderaan dari segi fizikal sahaja malahan ia juga merangkumi penderaan dari segi emosi dan mental.
 
Kepada isteri2 atau bakal isteri diluar sana..YES aku sgt setuju bahawa tempat Isteri adalah di sisi suaminya.. Isteri juga wajib mentaati suami itu adalah ketetapan Allah, selagi mana suami tidak menyuruh isteri melakukan perkara maksiat.

TETAPI.seandainya suami itu tidak selayaknya diangkat sebagai Suami..Kita sebagai wanita punya hak untuk ditempatkan ditempat yang lebih mulia dan selamat..So tiada istilah durhaka seandainya suami sendiri melayan anda seperti binatang…bertindak!! That the only way u can do..

Kepada suami atau bakal suami di luar sana..harus diingat jangan jadikan taat dan patuh si isteri sebagai lesen untuk melakukan sesuka hati terhadap Si Isteri…Angkatla martabat seorang wanita sebaiknya...


No comments:

Post a Comment