bg

nuffnang

Sunday, May 15, 2011

kisah kita mungkin berbeza tapi rasa itu sama sahaja...

tak tau nak ckp ape..terkedu..terpempan  biler mendapat berita seorang kawan yang sepatutynya akan berkahwin pada ujung bulan depan tetiba tak jadi kawin...Ya Allah!!! itu jer yg mampu terkeluar di mulut aku pada waktu itu..waktu kad kawin dah sedia tinggal untuk di edar..waktu jugak la pernikahan terbatal...astagfirullahalazim...dugaan itu amat hebat...betapa getir saat itu..aku hanya mampu tumpang simpati.mohon supaya tuhan bekalkan kekuatan terhadap kawanku ini..


itu belum pulak cerita seorang sahabat yang sudah berkahwin..tetapi tidak bahagia..pendam rasa.makan hati...kalau sebelum kawin si bakal suami menjanjikan itu dan ini..selepas kawin lain pulak ceritanya...segala janji habis terbang.."aku suami..jika isteri ingkar, isteri akan masuk neraka dan berdosa besar!!"...bagaimana pula jika janji dimungkiri tidak berdosakah wahai sang suami??? apa janji kamu terhadap ibu bapa si isteri.??? sudah lupakah kamu atau kamu sudah hilang akal????. Satu harapanku moga si suami sedar yang si isteri derita dengan sikap kamu...moga si suami mendapat pentunjuk dari Allah..kepada sahabatku itu..moga kamu tabah menghadapi ujian dariNYA.

lain pula cerita mengenai cinta yang bahagia disulami dengan kasih sayang. tetapi mendapat tentangan ibu bapa pada mulanya...setelah berusaha menyakinkan ibu bapa si isteri..makan terjalin la satu hubungan yang halal..sewaktu benih sudah mula hadir di dalam perut si isteri secara tiba-tiba hubungan sah itu diketahui oleh ibu bapa si suami..makanya tentangan hebat berlaku..si suami dihalang untuk berjumpa isteri..maka terkontang-kanting isteri bersama benih cinta suci...hubungan sah itu tidak dpt diteruskan lagi..tinggallah si isteri dan juga hasil cinta sendiri menghadapi liku-liku hidup di dunia ini..kepada temanku ini..aku sangat kagumi sikap kamu tabah mengadapi ujian getir ini..aku cukup bebangga mempunyai teman yang tabah seperti kamu..semoga hidup kamu dilimpah rezeki yg melimpah ruah..dirahmati Allah..

Cerita ini bukan untuk mengaibkan sesiapa maafkan aku jika kamu rasa aku tidak patut bercerita tentang kisah kamu di dalam blog aku ni..tapi ini cuma sekadar panduan untuk kamu-kamu yang sedang membaca..bukan sekadar untuk kamu..tetapi untuk diri aku sndiri agar aku cepat sedar diri bahawa bukan aku seorang sahaja ditimpa masalah ini..ramai diluar sana..disekeliling diri sendiri diduga oleh NYA dengan cerita yang berbeza...kepada diluar sana..mungkin hari ini anda gembira..tapi harus diingat juga mungkin sesaat selepas itu..anda akan bergundah gulana..begitu jua sebaliknya...kepada kawan, sahabat dan  teman..kisah kita mungkin berbeza plotnya tetapi aku yakin..rasa itu sama..satu....Moga Allah memberikan kita sama-sama kekuatan untuk terus mengharungi hidup di duniawi ini...AMIN...



1 comment: