~ Life is too short for erasers, just draw a line through it and move on. ~
bg
nuffnang
Thursday, April 7, 2011
Love, Women & Me ...
1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
-sbb air mata tu dah kering dah..mata pun penat dah nak kuarkan airmata...tapi nangis dalam hati lagi sakit kot..bleh bikin sasau woo...
2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
-tapi..tapi..ucapan maaf tu harus ikhlas..bukan setakat manis mulut nak ckp maaf jer..tapi nilai maaf tu tak ada..chooiii..simpan jer maaf tu..tak laku kot..
3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).
-chakkkkk...yg ni mmg betul2 kena depan batang idung tuan punya belog ni..padan muka dia..tu la..chenta lgi 110% padan muka dia..wakakaka :P
4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
-adesss..semakin pedas rasanya..rasa hati mcm kena lumur dgn cabai burung jer..yessza...bnyk kot kuar untuk cari stock geli2 ..wakaka..geli ker..tapi nan adoooooooo..bnyak reject jer..hadeeeii..failed..
5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!
-benda tu yg aku selalu jauhkan..aku akan try untuk tidak renung ke dalam mata lelaki..sbb2..aku suka coklat..jap gi tgk dlm mata lelaki ingat coklat..biler ingat coklat teringat lemak tepu..camno??camno??
6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.
-betul tu..betull..biler kena puji..aku selalu ckp blik.."poyo"..wakakakaaa...padahal muka sudah blushing kot dat time..
7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akanlakukan apa saja.
-no komen
8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.
-no komen jugak tapi still nak bagi komen..wakaka..ade jer pompuan tak tau malu..dah org tak suka..still nk godek2 then dah godek tak dpt..bleh jer 'plan' buat cara 'lain' yer dak???
9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
-emmmmmm..tu la yg cik tuan belog ni sedang lakukan..ish..pathetic betul tuan pnya belog ni..asek meroyan jer kan..:P
10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.
-mmg la jangan sesekali..sbb lelaki ni if dah tak suka kt pmpuan tu.bukan sekali..tapi berkali2 kot ckp pompuan tu tak guna..LOSER punya Jantan!!
11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
-iyorla..boring tu if asek ckp benda yg serius..contohnya..
"awak tau tak aper huruf2 untuk mad asli???"*damn boring tu..
12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.
-mcm pernah aku kenal incident ini.tapi di mana ya..ish..saper la pompuan gedik yg jerit2 suka tu dulu yer..annoying betul dia tu kan???
13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.
-mmg la jgn senyum sebarangan jap gi org ckp ko giler ..tak pun ko tu flasher..waaa..takooot..
14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
-aah..pas kenal lebih mendalam..pastu dalam lagi..pas agak2 dah abis dalam tu..cari la pompuan lain...mmg kesan yg mendalam wa caya ckp lu lepas tu...
15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.
-Ntahnyer..tak paham2 bahasa lagi ker..blah sudah...
16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.
-emmm..no komen jugak la..
17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!
-yes..jgan predict2 jer..n plis jgn guna org tengah dlam nk settlekan sesuatu urusan...
18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.
-and ada sambungan dari ayat di atas..biler dah putus lak ..dia akan sering tertanya-tanya..kenapalah aku leh jumpa mangkuk hayun ni...
19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.
-ader ker yg mat jiwang cengini???
20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.
-no komen
21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!
-yer ker????
22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.
-perkataan HOI pun bleh jugak..cinta kan manis..
23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
-ya rite..seratus peratus setuju..tapi ada jugak teman yg disangka baik tapi sebenarnya tolong gelakkan time kiter jatuh pun ada kan..kan??
24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.
-yang tu mmg menjadi kepantangan cik tuan punya belog ni..rasa nak cincang2 buat sambal belacan jer if ada yg buat mcm tu kat aku..
25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.
-Cinta juga bermaksud..Cinta Itu Nikmat Tetapi Awas...sekali jatuh cinta meraung ooo...
26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..
-ada ker lagi sisa-sisa lelaki yg leh bagi cinta sepenuh hati ni???
27. Senjata wanita adalah airmata!!
-ehhh..dat airmata is BFF cik tuan punya belog tau..very close one..
28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.
-no..no...jgan tidak ragu2 terhadap pasangan anda..kdg2 ada jugak..bukan ada..mmg ramai yg plastik jer..jgn percaya sgt...
29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...
-no komen
30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.
-no komen
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
About Me
Blog Archive
-
▼
2011
(273)
-
▼
April
(26)
- tips nak cover kemaluan..eh..cover malu..
- akibat melalak mcm org giler.....
- dia buat dah...dia buat dah..
- STRESS!!!
- Tahniah...
- when make mistake..admit it..apologize about it :)
- demam lagi
- Puasa Sunat Dalam Islam
- terima kasih cik nuffnang..
- Niat dah lama..tapi baru hari ni..1 step terlaksan...
- jom mengembirakan hati perempuan cengeng ini...
- Drama air mata
- belog ni buat hal..
- Thank you for the birthday wishes :)
- satu rasa
- Love, Women & Me ...
- abah..
- Do Respect People (",)
- so sweet...:)
- Ada aper dgn date tu???? sepeselllllll kah????
- lagu org malas..but i loike..dat what i feel now..:P
- selawat tenang jiwa...
- hati bagai nak gila..
- penakut
- aku tak boleh tido!!!
- ala..ala..datok..ala..ala..datok..tok..jangan sama...
-
▼
April
(26)



No comments:
Post a Comment