bg

nuffnang

Saturday, January 1, 2011

Al Fatihah : Faizal Yusof Meninggal Dunia

Berderau jantung aku biler terbaca entry dari satu blogger dalam list aku pasal Faizal Yusoff Meninggal..mcm tak percaya..lalu aku search dlm incik google.Ya mmg betul..beliau telah meninggal dunia..Masih muda..tapi ketentuan tuhan..Ajal tidak mengira umur..meh sini aku nak share berita pemergian arwah yg aku dpt dari mangga online. Semoga arwah dicucuri rahmat.





Tatkala kita bergema melaung kegembiraan menyambut tahun baru yang tiba, ada yang meratapi kehilangan insan tersayang.

Faizal Yusof, 32, bekas suami penyanyi Siti Nurdiana telah meninggal dunia akibat serangan jantung di Hospital Pusrawi Kuala Lumpur sebentar tadi. Perkhabaran duka ini dimaklumkan sendiri oleh Siti Nurdiana yang kini masih berada di hospital. Allahyarham meninggalkan seorang anak berusia dua tahun, Mohamad Rayyan Nakhaie.

Di awal kemunculan sebelum menjadi pelakon, allahyarham pernah tampil dalam kolum Kacak Bergaya di Pancaindera Mingguan Malaysia. Dia semakin mendapat perhatian dan kini popular dengan watak Dani menerusi drama Adamaya.


Semoga allahyarham ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Al Fatihah.










No comments:

Post a Comment

Blog Archive