bg

nuffnang

Monday, August 25, 2014

our weekend


chak!! saja nak selpiah enterprame muka


our weekend aritu takde bnyak sangat aktiviti..badan aku pun tak berapa nk sedap..jap rasa nak demam..jap rasa nak cerry berry..jap sakit badan..eh mcm2 la sakitnya..saturday..aku dok rumah seharian..rest..kemas rumah pun tak..serba serbi tak larat..gagahkan diri masak since kesian dekat pak incik balik dari outstation ke Melaka..dia gerak pagi malam tu smpai..

mmg boleh beli tapi selagi daya aku masak..aku akan cuba masak..lauk yg amat simple sardin, ikan goreng and tempe goreng..tu je. Ahad tu pulak..badan rasa sikit segar..ikutkan pak incik mmg nak bawak g klinik malam tu..tapi aku dah rasa better dr siang tu..so let it be.. dia ajak p pasar pagi and we had breakfast together.. pagi tu pak incik tak mau bwk kete..kami p pasar naik motor je..berkali2 aku tnya betul ke nak naik motor ni..dia ttp yakin..aku bukan pe..almaklumla..jalan rumah ku berbukit bukau..corner sana corner sini..kan g ada plak muka aku kuar kat paper sebab bwak penumpang lebih muatan had tertinggal kat atas jalan raya gara2 menaiku bukit...hahahhahaa... yakin tak yakin smpai la jugak aku ke pasar pagi. beli la 2 3 jenis lauk and sayur..again this week dia kuar outstation ke Kuantan this time 4 days dia keluar..kena tinggal la aku sorang2 kat rumah..tu beli stock tu siap2..

pekena heavy breakfast kt mapley febret kami..lepak2 jap.then singgah plak kat kedai runcit cari ikan kembung ..since kat pasar pagi ikan kembung tak de yang freshh..aku nak masak ikan kembung masak tempoyak ari senin tu coz ada pot luck raya kat department lama aku..tempoyak tu MIL aku kirim kat SIL aku aritu..tempoyak freshh dari dusun kt kelate katanya..so ini la hasilnya..


hai nama saya gulai masam tempoyak ikan kembong
Lepas maghrib and siap masak tu..kami laki bini siap2 then p attend makan2 kt umah jiran depan rumah..baik akak depan ni..time bulan pose almost hari2 bg makanan kat kami..smpai naik segan aku..ye la..aku time weekdays ramadhan mmg memasak..tapi masak ala kadar je la sbb bekerja and smpai rumah pun dah lewat..cuma kalau nk bg pun time weekend je la..smpai rumah akak tu..terhidang nasi tomato uolss..terliur..pekena popia goreng akak tu..perghhh lagi best sedapp ooo...mmg sedap..smbil makan smbil la sembang dgn jiran2 yg dtg..time ni la nak kenal2 dgn jiran..if tak pergi pagi balik dah nak malam..jiran pun dh tak kenal..then dlm kol 9 mcmtu balik rumah and aku packingkan baju2 pak incik..kol 4pg dah kena bgn sbb dia kena smpai awal kat kuantan ada safety training before dia buat kerja katanya...

pagi ni di opis meriah jugak..mcm2 makanan ada..sedap2 semuanya..bergembiralah lemak tepu aku ..menerima zat2 yang sempurna gitu..picture tak de since tuan badan badan tak berapa nak ok..okbai..itu je nak stori..

opss anyway...malam tadi received news dari family in law yang atuk pak incik sedang tenat..dah 5 hari tak terima makanan and minuman..kami dalam mood standby..if let say any bad news happen pak incik kata kami akan balik...doakan supaya atuk (cik) sihat seperti sediakala..amin...

Friday, August 22, 2014

Mengenangmu MH17

Pada DIA kita datang pada Dia juga kita kembali..hari ni sebagaimana semua sedia maklum 20 Jenazah kakitangan dan penumpang MH17 telah dibawa kembali ke Malaysia.Hari ni juga merupakan hari berkabung bagi warganegara Malaysia.

walaupun tiada kaitan pertalian darah..tetapi masih juga terpalit rasa sedih bila mengenangkan perasaan ahli keluarga yang terlibat.. yang kehilangan anak, yang kehilangan isteri atau suami..apatah lagi bila aku baca luahan hati seorang anak yang rindukan ayahnya..nauzubillah..tabah la kamu wahai anak..


sumber: Berita Harian Online..sebahagian daripada ahli keluarga mangsa, suasana sebak sewaktu jenazah tiba..Allahuakbar!!


aku tak ketinggalan tonton live streaming di opis...perasaan shahdu hanya Allah yang tahu...ajal maut jodoh semua di tangan dia..di saat tgh bersedih ni masih lagi terdapat segelintir manusia yang mengambil kesempatan untuk exploitasikan peristiwa ini especially in political field..which i think this is not the proper time to take an advantage..come on guyss...please respect perasaan ahli keluarga mangsa..they need privacy and some space.. aku bercakap sebagai pemerhati..i'm not an extremist towards political field but this is just my 2 cent.

sepatutnya saat2 mcmni kita sedekahkan al fatihah kepada mangsa yang berugama islam..doakan semuanya dipermudahkan..sorry i'm little bit emotional today...but this entry wrote truly from my heart..

Alfatihah....


dengar lagu mengenangmu...shahdu la pulak rasa..



Wednesday, August 20, 2014

sedap



sila jangan tgk tuan pegang udang tu..tapi sila tgk udang besauu tuuu....perghhh terbaik ..besau betoii..aku nmpak pic ni kat entry retis puteri sarah ..ni mee udang dari sarawak..which cost mee udang ni around rm20 je..murah  kan..mau aku tak terliur anak tekak semua...

terus aku decide nak makan mee udang berbuka petang semalam..walaupun aku tak mampu nak cari udang sebesar itu..tapi tetap la gigih aku nak masak sendiri..gara2 terliiur...balik keje col pak incik mentioned that nak singgah kedai nak cari udang..terpinga2 pakcik tu sedangkan dalam fridge mmg dah ada barang basah ..
tapi dia iyakan aja..ok kan aja...so aku pun bersilat gayung la kat dapur masak mee udang..


ni namanya mee udang kecik...
hahahaha....tercapai hasrat gue..tak pe..nanti balik kg..akan ku paksa pak incik jadik nelayan ..tangkap udang galah bnyak2..mcm aritu dia dapat bnyak udang galah kat kg aku..nti aku buat entry pasal tu ye...

then aku nak story pasal weekend lepas..hari ahad ummi one of bff sekolah aku  nak dtg umah aku since suami dia and suami aku adalah sekepala dalam bab2 memancing ..senang citer part time diorang ni nelayan la..memandangkan ummi and family nak dtg and sampai tghari..so aku prepare la lunch..tapi menu simple2 je uolss..

ikan talapia hasil tangkapan nelayan aku goreng garing and masak cili api, then kobis aku buat masak lemak putih , ikan kecik2 yang rangup makan tu aku goreng and telur dadar..


rasanya tak tau la sedap ke idak...hahaahaa..then after makan and zohor, around 2p.m nelayan nak mulakan kerjayanya..ingat kami nak kasik lepas mcmtu je ke..silala bwk kami mandi manda..hehehe..bukan kami yang mandi anak2 si umi ni which is dah mmg rapat dgn aku and pak incik..lokasi adalah di sungai gabai...meh nak tepek picture






hasil nelayan perghhh tangkapan yang berbaloi2...


kih..kih..kih...bak kata umi kat suami dia... "D...nanti esok boleh la kita masak asam pedas kan b..3 ekor dapat ni besar!!!"

baik punya perli ko ye mi...dapat la ikan renek2 ni..dah mcm ikan laga pun ada..kih.kih.kih..

eh ckap pasal makanan ni ..perut dung2 ceng plak..so..menu berbuka pada hari ini adalah.....nasi minyak ataupun nasi ujan panas, dalca and ayam goreng ..sekian terima kasih..iolsss dah kecuq air liuq..