"kepada DIA kita datang..kepada DIA jugaklah kita Pergi.."
hari ni ada buat kutipan sikit untuk arwah and after office hour kami buat majlis doa ringkas untuk arwah ibu officemate aku ni..Tersayat hati bila dengar ucapan dari emcee tadi.
" isteri atau suami kita boleh ganti.tapi dalam dunia ni ibu dan ayah adalah harta yang kita takkan boleh ganti"
owhhh dgr intro emcee tu jer aku dah sebak bagai.aku renung muka abg mi (opismate aku yang mak dia meninggal tu) bergenang air mata dia...owhh lagi la rasa nak jadi macam neng yatimah..after emcee bagi introduction , one of our big boss plak bagi ucapan. antara ucapan yang bleh aku share dgn korang adalah..
"selagi masih ada orang tua tu...jenguk2 la mereka kt kmpung.."
"tak dpat blik kg..col la mereka.ini tak h.set canggih.iphone5 bagai tapi nk call mak ayah kt kg pun susah..tapi kalau bergayut dengan bf berjam2 larat lak...tgk2 bf tu bukan kawin dgn ko tapi kawin dgn org lain"
"pada zaman rasulullah dulu ada yang bertnya kepada baginda..siapakah yang perlu kita dahulukan? rasulullah s.a.w berkata.."ibumu..ibumu..ibumu...kemudian barulah ayahmu"...dari situ kita dapat lihat betapa pentingnya kita untuk mengagungkan ibu kita..ibu yang melahirkan kita"
"suka atau tidak..kita kena menerima hakikat satu hari nti ibu atau ayah kita akan pergi tinggalkan kita..oleh itu hargai dan berbaktilah mereka selagi mereka masih bernyawa"
ok terus berjurai airmata aku..bab ni lagi la meruntun jiwa aku ni..terus kesat2 mata..hadoyaii....bab2 ibu bapa ni aku mmg jiwa rapuh sket..tak dapat aku bygkan if salah seorang dari mereka pergi dalam hidup aku...
Ya Allah panjangkan usia mereka..aku tabah hadapi ujian dariMu selama ini ini adalah kerana mereka..merekalah kekuatan ku.berilah peluang untuk aku bahagia mereka..tunaikan hasrat mereka..amin...
kepada kawan-kawan2 kat luar..marilah kita sama2 belajarlah menghargai,berbakti dan bahagiakan ibu bapa kita..ingatlah harta yang tak ternilai di dunia ni..ibu dan ayah kita.. .
ok bai..tak nak taip panjang2 lagi.sedih. dengar lak lagu ni..lagila sedih..

