bg

nuffnang

Thursday, February 3, 2011

Kami Tidur Bertemankan Pisau

Kha, 03 Feb 2011 15:11 | Bernama | Editor: Team Berita

"Kami tidur dalam ketakutan dengan bertemankan pisau dan penyembur lada di sisi" kata dua sahabat baik yang merupakan penuntut tahun ketiga jurusan perubatan di Universiti Mansoura, Mesir.
Nazeera Mohd Nasir dan Nurul Shafiqah Mohd Tajudin, masing-masing 21 tahun ditemui Bernama selepas selamat tiba bersama tiga lagi pelajar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira pukul 10.00 malam tadi dengan menaiki penerbangan EK0342 Emirates dari Kaherah.
Nazeera berkata mereka dibelenggu perasaan cemas dan takut ekoran kawasan rumah sewa mereka di Mansoura agak tegang terutamanya ketika malam dengan bunyi tembakan dan cermin rumah dipecahkan.
"Pada hari pertama, ketika itu kami sedang tidur dan tiba-tiba dikejutkan dengan pengumuman dari masjid berdekatan yang meminta semua penduduk agar menutup lampu dan mengunci semua pintu kerana banduan terlepas di penjara yang berdekatan dengan rumah sewa kami.
"Kami berkongsi katil setiap malam dan asyik berjaga kerana terdengar bunyi pecah rumah, pengumuman dari masjid jika ada rumah yang dipecah, kereta kebal lalu lalang selain bunyi tembakan hingga menyebabkan kami terpaksa tidur dengan pisau dan penyembur lada demi keselamatan," katanya.
Beliau berkata bimbang dengan keadaan tersebut, mereka nekad menyewa sebuah kenderaan tiga hari lalu untuk membawa mereka ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah namun terkandas di lapangan terbang tersebut setelah gagal menaiki kapal terbang meskipun telah membeli tiket.
"Keadaan di dalam terminal sangat tegang.. semua orang berebut-rebut untuk menaiki kapal terbang. Meskipun kita sudah beli tiket dahulu tetapi itu tidak menjamin kita boleh dapat naik penerbangan tersebut," katanya sambil menambah mereka menggunakan kad kredit untuk membeli tiket penerbangan lain.
Nurul Shafiqah pula berkata terdapat kira-kira 200 pelajar Malaysia yang terkandas di lapangan terbang itu sejak meletusnya tunjuk perasaan pada 29 Jan lalu dan keadaan menjadi lebih meruncing apabila mereka kehabisan wang selain bekalan makanan semakin berkurangan.
"Kami semua duduk dan tidur di atas lantai dengan beralaskan kotak. Malah ramai yang menangis ketakutan dan ada yang telah berada di lapangan terbang tersebut sejak empat hari lalu.
"Kami hanya makan sedikit roti dan air mineral dan terpaksa mencatu makanan kerana bekalan makanan semakin berkurangan selain tidak dapat membuat pengeluaran wang malah roti dan air dijual dengan harga yang sangat mahal," katanya.
Sementara itu, Nor Akhbariah Md Najas, 20, pelajar tahun pertama jurusan perubatan di Universiti Tanta, Mesir berkata keadaan di Tanta tidak seteruk Mansoura tetapi mereka tetap mematuhi perintah berkurung pada setiap malam.
"Banduan berada di mana-mana dan setiap hari ada sahaja rumah yang dipecah masuk serta barang dilarikan malah kereta kebal dan tentera juga ada di semua kawasan. Keadaan seperti itu sangat menakutkan," katanya yang turut terkandas di lapangan terbang itu selama dua hari.
Ibu kepada Nor Akhbariah, Jamaliah Mohd Salleh, 57, pula berkata ketika pertama kali mendengar insiden Mesir di televisyen, beliau berasa susah hati dan bimbang keselamatan anak kelimanya itu sebelum bertindak memasukkan wang ke dalam akaun Medic Mesir.
"Medic Mesir sangat bertanggungjawab, mereka membelikan tiket untuk Nor Akhbariah pulang ke tanah air. Kita cuma berharap pihak kedutaan juga dapat menghulurkan bantuan dengan lebih pantas kepada pelajar-pelajar yang masih terkandas di sana," katanya.
- Sepang, 3 Februari 2011


p.s: semoga student di Mesir dpt diselamatkan dan pulang ke Malaysia dgn selamat..haih..mcm2..

si lemak tepu sudah sakit mata :(



bgn pagi tadi tgk cermin*bajet muka cun la tu* tgk kt cermin..mata aku merah belah kiri..dah mcm cik ponti da merah matanya..waaaaaaaaaaa..tekanana..dah la dok sorang2 kt umah..housemate sumer blik kg..mata pulak sakit..adoyai...

tapi sakit2 mata aku masih merajinkan diri untuk buang segala kebohsanan..aku kemas rumah..bsuh baju and prepare for bfast and lunch..ha.ha.ha..rajin tak.rajin tak..

tapi mata aku dok denyut2 jer la belah kiri ni..takpe2 jap gi aku nak gi klinik mau cari ubat untuk si mata..
agak tensen jugak sebenarnya coz time cuti ni la baru nak kuar segala penyakit..he.he..tapi tak per..tak bek..Allah nak bagi sakit untuk hilangkan dosa2 kecil..so terima dgn redhanya la kan..*ha.ha.ha..tetiba bertukar jadi ustazah lak aku kan*



Wednesday, February 2, 2011

my lurvly habitatan...

kesinambungan lagi daripada HKL pulak...blik dari HKL kol 7 ptg..mood aku sgt baekkkkk...
call budak rumah aku Jijah..tnya dia da mkn belum..since aku lapar n aku ada mood mau makan nasi..so aku pun memasak...aku masak simple jer..paprik seafood, telur dadar n nasi putih..huu.huu...

so pas mkn..aku da dpt msg dari geng habitatan aku..diorang kata..if diorang gerak dari USJ diorang text aku..so aku..pas makan jer..terus mandi..seee...habitatan yg menggalakkan aku ni simpan lemak tepu's..pas makan then mandi..kan da muncit...*mencarik alasan*...huu.huu.huu..

so aku siap2 la..tapi korang jgn gender konpius plak nti tgk pic aku..tudung aku sudah terbang disitu yer harap maklum..huu.huu.. *sejak putus ini.otak aku mereng..bkn mereng sket tapi manyak...dgn tudung2 aku terbang..tapi tak per..aku akan usahakan untuk memakai tudung secara fulltime semula* before org tegur bek aku gtau terus terang ..huu.huu..aku mmg sedang gilos.. maapkan sya yer..ok..back to the topic..so pas siap2..dlm kol 10 gitu syeira n shita sampai  n pickup aku dirumah baru..

diorang pancing aku soh bwk kete..tapi mintak sembah dihampun..mlam..aku tak teror lagi bwk time malam..dah la hazaab nti ..area cheras itu sgt jem nenas..aku tak suker..so aku serahkan si seksi di tangan syeira..aku??? jadik mem besar dok blakang..la.la.la.la..

kitorang gerak gi kutip si drama king, mohsin then lepak kat QB (Q Bistro) sambil layan UNO..ada aku kesah orang pandang kami gelak mcm org giler..tapi serious lama giler tak maen UNO..si Mohsin asyek ngelate jer nak tgk card aku..tapi aku pun skodeng card dia gak..dah dia TERtunjuk dpn aku..sapa soh..ha.hahaa...tapi at last mohsin jadi champion UNO..mencikkk...aku yg ke-2..*nk jugak mention disitu*...
after main UNO and as usual order ais kosong berkati2..eh..bergelas2..kami pun gerak gi downtown..tu pun selepas aku bohsan dgn menunjukkan muncung sedepa coz biler org melaka bertemu org melaka..bercerita tempat2 best yg aku tak gi lagi..so Harusla muncung diutamakan disitu yer..ha.ha.ha...

so kami gerak ke down town secara berjemaah..pusing sana..pusing sini...si mohsin dah mcm pemandu pelancong..memekak sepanjang perjalanann..memebebel sambil benanah telinga *yang ni aku tipu*..
dia dok promote gtau gi Bangkok murah barang2..sket2..bangkok..sket2 bangkok..sampai ati aku bengkek..ha.hah.a.aaaa Mohsin yg sengalssss...

apa yg aku beli di down town...selendang yg aku tak gemor nak pakai..aku rasa mcm org gilos if aku pakai selendang ni.tapi biler tgk org pakai nampak cantik..*ker mmg aku ni tak cantik* dgn aku beli brooch yg telah dipilih oleh habitatan jugerk..jap gi aku tunjuk gambo ek..

so kami pulang kerumah kol 3 pagi...eh..bukan kami..tapi aku..ha.ha.haaa...even mengantuk..esoknya perlu bekerja tapi hati sgt hepi.prosperity hepi gitew....oleh kerana aku hepi..jom layan sama itu gambar2..


ok.mula2 nak tunjuk gambor kt QB..uno'ing session..


harusla tunjuk muka tuan belog dulu..*muka melengas*






our fotographer..huu.huu

budak ijau itu telah tumpahkan air..huu.huu..petanda kalah tu..kih.kih.kih.


see...aku da muncung..budak baju itu sgt jaaaahat.

si mohsin dgn sun sweet dia tu..sengalsss..



 ok..kali ni gambo dkt downtown plak..maapla..kami mmg giler gambo sket..siler muntah tgk gambo2 kami..tu pun tak cukup ahli jemaah habitatan lagi..huu.huu.huu



abaikan pompuan ditengah2 yg sengals itu..ha.ha.ha

da mcm tourist si mohsin tu.bok..bek.bok..bek...

owh..seksinya...bukan ko la syeira..si putih seksi itu..seksi2...jatuh chenta..

si lemak tepu jadi mem besar..



 ini adalah hasil2 pilihan habitatan mlm tadi...tapi aku yg bayau..cehhh..



yg kaler ijo tu shita pilih..yg biru tu mohsin..yg pink tu syeira..yg bulat itam putih tu syeira and yg comey 4 segi tu shita..

ini..selendang sumer soh aku pkai..aku tak tau la guano rupe aku nanti..*aik..cemana leh terkeluar loghat sana ni..ish....*


Sekian sahaja update pasal semalam..had a great time with my habitatan..love uolss..xoxo..